Wahhh, lamanya tak update blog ni.. Nampak tak banyak sarang labah2 kat bog ni??? ayat yang memang tak boleh blahhh...mana ada sarang labah2 kan.. hehe >.< hmmm... nak cakap pasal apa ni?? ok dulu janji nak update pasal praktikal kan.. so, entry kali ni sambung cerita praktikal hari tu laa walaupun dah basi dan berkulat.. *power sungguh ayat aku pagi2 ni Sebenarnya dah tak ingat sangat dah pun... Kita gabungkan sekali minggu kedua sampai minggu last.. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, nak cerita tentang satu pengalaman yang mungkin sukar untuk didapati oleh orang biasa untuk dijadikan tauladan dan sebagai iktibar... Masa praktikal hari tu untuk minggu ketiga ke minggu keempat yang aku dapat pengalaman buat LO (Last Office) *means for cuci2 badan & persiapan lepas orang tu dah meninggal.. Eventnya bermula bila aku dan kawan2 yang lain bersiap dan berbincang siapa yang nak pergi rehat.. Time tu aku dah siap2 nak pergi turun cafe dah ni dan bercadang nak pergi ambil botol air untuk bawa turun sekali.. Then, ada SN yang tanya,
SN : 'adik tau LO kan??'
me n the geng : a'ahh, tau2..
SN : boleh prepare troley la untuk persediaan nanti
aq je : huhhh, LO?? tu diaa,, menyelirap darah keseluruh badan... dushhhhhh, terkesima sebentar!!
Seriously, time tu, x tipu langsung, aku rasa takut gila kott... x tau kenapa.. rasanya selama ni, xda la rasa macam tu.. Mungkin sebab benda tu akan berlaku betul2 depan aku.. Only Allah and me know what I feel at that time.. Then, kitorg pun pergi la sediakan barang2 tu... Thenn, after that, uncle tu dah xda lg dah kat dunia ni.. Kesian uncle tu, xda saudara pun... Keseorangan je.. Sebelum2 ni kawan cakap dia ok2 je tp pg tu dia punya BP dah drop la.. So, maybe it is the sign for him.. Uncle tu mmg x sedarkan diri.. Aku beranikan diri dan menyimpan seribu ketakutn dalam diri dan tunjukkan jugak sifat berani tu.. Bukan apa, nak ambil pengalaman la katakan.. Tp, rasa takut2 juga nak pegang uncle tu.. Orang cakap, badan mesti luka2 kan lepas malaikat cabut roh dari badan kita tu.. So, aku takut la nanti aku akan buat uncle tu sakit... Kesian dia nanti.. Disebabkan terlalu gabra, memang ada satu part tu yang sangat melucukan bagi aku.. Time tu aku nak cabut uncle tu punya branula, then, entah apa2 aku nak pergi buka tempat penutup branula tu.. Aku cakap kat kawan aku, x boleh buka la... Then dia cakap, buat apa nak buka penutup tu, cabut je la terus.. Then, aku fikir, 'aahhh, betul jugak tu.. apa la aku ni.. sengal giler rasanya'.. Dushhhh, lolololl sangat la fatinizyan ni... hohoho... Lepas tu aku cabut uncle tu punya Ryles Tube.. ouhhhhh, panjang kot... Entah dah berapa lama la benda tu kat dalam badan uncle tu.. Takut tu memang ada jugak time nak cabut tu.. *ishhh, semua aku takut.. huhu >.< Last sekali aku cabut uncle tu punya esophageal airway.. Yang ni paling takut nak cabut antara tiga2 tu.. huhuhu.. padahal senang je pun.. Ok, lepas dah cuci semua tu, tiba la time nak tutup dengan kain putih.. Tapi tempat branula yang cabut tadi, first2 x bleeding, lpas tu bleeding pulak.. ok, tampal cotton balikk... After that, badan memang dah jadi sejukkk dahh.. Time last tu lah aku rasa macam uncle tu mesti sakit sangat sebab kena angkat2 bagai tu.. So, at that time, memang kena bercakap jugak dengan dia.. say something like 'sorry uncle'.. After all, that was an amazing experience for me bagi budak yang masih baru belajar.. So, bagi aku, pengajaran bagi aku la:
1. Walaupun hari ini, ketika ini, saat ini kita masih dalam keadaan yang baik, tak mustahil yang kita mungkin akan sakit, atau mungkin Allah cabut nyawa kita time tu.. So, kita memang kena selalu buat amalan yang baik.. Ingatlah bahawa kita hanyalah sementara di dunia ini dan akhirat yang kekal nanti yang amat penting bagi kita.. Selagi masih diberi kesempatan ni, kumpul banyak2 bekalan dan sentiasa bertaubat atas segala apa yang kita lakukan.. Kita kan tak tahu status kita macam mana.. Pahala ke dosa yang banyak setakat ni..
2. Sesungguhnya mati itu pasti bagi setiap orang.. Cuma masa yang akan berlainan.. Apa2 pun kita seharusnya bersedia untuk menghadapinya.. Sama ada kita akan dipanggil untuk menghadap Allah dalm usia muda atau usia yang tua..
3. Hidup ni tak boleh dibanggakan sangat. Nak kumpul harta sampai bertimbun2 laa.. Malangnya bila kita dah xda, semua tu dah tak berguna untuk kita.. Bukannya duit atau harta tu boleh dibawa masuk ke kubur pun.. Apa yang penting adalah amalan kita sewaktu kita masih hidup.. Yang hanya menemani kita adalah sehelai kain putih je.. Jangan la nak dibangga sangat dengan apa yang kita pakai selama ni..
Rasanya, ni je yang mampu dikongsi setakat ini.. Minggu ni akan bermula lagi perjalanan sebagai pelajar kejururawatan untuk berpraktikal selama 2 minggu.. Kali ini, dekat hosp sg buluh dan selayang.. Moga2 ada yang akan memberikan aku iktibar selama praktikal disana, InsyaAllah.. Kalau ada masa, blog ini akan diupdate lagi.. Ok la ni, dah pukul 2.30 pagi dah ni.. Esok praktikal, tapi xpe, esok orentasi je.. Bas lambat esokkk.. hehe :)
Till Then, Wassalam~
Trust Me!! I'm A Nurse ♥
No comments :
Post a Comment