Seketika dahulu hati ini masih lagi suci dengan ayat ayat manis oleh sang jejaka. Tapi, itu hanyalah untuk seketika sahaja, hati ini tidak akan terlepas untuk diuiji dan bilamana mata sudah tertumpu kepada sang jejaka, pastinya terdetik sesuatu di ruang hati bak kata orang, 'dari mata turun ke hati' dan pabila ianya sudah jatuh dan goyah dengan ayat ayat manis sang jejaka, inilah hati yang paling bahagia di dunia. Mudahnya hati terusik dengan kata kata yang hanya memerangkap dirinya sendiri. Apa yang dialami oleh hati tika itu adalah hati yang paling bahagia di dunia. Otak cakap lain tapi hati tetap dengan gelaran keras hatinya untuk percayakan kata kata manis itu. Bodohnya hati tika itu. Selama manakah hubungan itu akan berkekalan jika ianya bukanlah dilandasan yang benar dan ianya bukanlah cinta yang halal untuk hati rasai dan sayangi tika itu. Sedarlah wahai hati! Bangunlah wahai hati! Hentikan angan angan ini! Tidakkah kamu fikir suatu hari nanti, akan tiba saatnya bila hati ini akan disakiti??? Ingatlah, bilamana ianya sudah berlaku, kamu tidak akan boleh mengubahnya lagi.
"I walk the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I really fell
And I'm going through hell
Thinking about you with somebody else
Somebody wants you, somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breathe, without you it's lonely
Somebody hopes that one day you will see
That somebody's me, that somebody's me!!"
Hati ini sakit, hati ini terus menerus menangis, hati ini penuh dengan segala kenangan bersamanya, ruang ruang yang ada didalam hati tika ini hanyalah penuh dengan kisah hati dan kenangan bersamanya. Buntu untuk melakukan semua perkara dan itu merupakan akibat hati yang hanyut dengan kata kata kosong.
"If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to REALIZE
You're a loss I can't replace"
Bagaimana hati ini bisa terubat dengan penderitaan yang menyeksakan jiwa ini?? Hati terus membuntu dan hasilnya hanyalah depression yang melampau. Begitu bodohnya hati ini dan betapa kasihannya bilamana hati ini terpaksa melaluinya. Kosong dan keseorangan. Tetapi ada sinar yang tiba tiba datang menyuluh jalan buntu itu, hati mula terubat dengan kata kata positif terhadap diri sendiri dan bilamana hati sudah terjinak dengan ayat ayat suci Allah, hati menjadi tenang. Tenang setenang tenangnya. Inilah hati yang sangat bahagia. Tetapi, dalam hidup akan selalu melakukan kesilapan. Hati ini yang dulunya sudah berjinak jinak dengan ayat suci Allah telah berubah. Perkara yang sama berlaku. Hati masih lagi tumpas dengan perkara yang sama. Gagalkah hati ini buat kali kedua?? Malangnya jawapan itu adalah 'Ya!!' Mudah hati ini untuk ditipu lagi!! Mudah hati ini untuk merasakan lagi penderitaan yang dulu!! Mudahnya hati ini untuk disakiti lagi!! Tidakkah hati ini tidak serik dengan apa yang berlaku?? Jawaplah wahai hati!! Malangnya jawapan itu masih menjadi misteri dan sampai sekarang tiada lagi jawapan daripada hati.
Walaupun hati ini telah disakiti, walaupun hati ini masih lagi tersimpan dan terselit perasaan sayang yang sering menghantuinya, walaupun hati ini berkali kali tewas dengan kisah cinta, inilah hati yang BERJAYA berfungsi sampai sekarang walaupun ianya terpaksa menanggung kesakitan setiap hari. Hebatnya hati ini!! Hentikanlah penderaan terhadap hati ini. Rawatlah hati ini. Sesungguhnya hati ini sentiasa berharap yang kesakitan itu akan hilang!
.................................................
No comments :
Post a Comment