Pages

Thursday, 27 February 2014

Sinar Kehidupan

Sepi.. Dan hari hari berlalu bagaikan tiada apa yang berlaku. Setiap hari, pagi, siang dan malam
bagai tiada apa yang berlaku. Hanya mampu terdampar di atas katil hospital yang usang. Dulu aku
mempunyai kehidupan seperti manusia yang biasa. Tapi kini, sepi. Tak kala
orang bergembira dengan kehidupan mereka, tp aku sepi bak mayat hidup di dalam kamar. Tiap yang datang menjengukku
bagai ada sinar harapan di mata mereka untuk melihat aku bangun kembali. Tapi kini aku bersendirian, tiada lagi insan
yang ingin melihatku. Dan  kini aku pasrah. Masih adakah sinar harapn di dalam diriku.
Setengah takut, kaget melihat kondisiku. Tertanya tanya apa yang berlaku terhadapku. Hariku ditemani dengan insan asing. Tiada hubungan darah denganku.
Ku tertanya tanya, dimana insan yang melahirkanku. Adakah dia juga takut untuk melihatku. Apakah dia tidak dapat menerima ketentuan Allah terhadap diriku?
Atau adakah dia tidak mampu untuk menahan sebak dijiwa melihat anak kesayangannya terdampar lemah di atas katil? Jika ku mampu
bertutur, ingin sekali ku bertanya dengan insan itu. Tapi, apakan daya? Aku tidak mampu berbuat begitu. Diriku lemah selemahnya.
Aku hanya mampu membuka mata sahaja. Tapi tidak mampu untuk meluahkan apa2. Ku bertanya, untuk apa aku masih diberikan peluang untuk hidup
sedangkan aku tidak mampu untuk melakukan sesuatu benda sekalipun. Kadang ku terfikir. lebih baik aku pergi saja jika hidupku hanya menyusahkan
insan kesayanganku. Kenapa ayah tidak mahu menerima kepulanganku ke mahligai indahnya? Adakah dia akan malu dengan teman temannya jika melihat keadaanku
begitu? Aku rindu ayah. Aku rindu ibu. Tidakkah kalian merinduiku? Masih adakah sinar kebahagian untukku? Jawablah.. Jelaskan padakuu.. Aku butuhkan jawapanyya..

No comments :